Selamat Datang ke Laman Blog j-QAF 2009

kongsikan sebarang pengalaman, idea, tips ketika anda mengajar di sini

Macam mana nak bagi murid diam dan tak buat bising?

Seringkali guru-guru jqaf yang baru menerima aduan ini. Murid selalu bising, tak lalu diam dan tak dengar kata. Saya sendiri tidak terkecuali. Namun baru-baru ini saya dapat satu idea dan terus mempraktikkannya. Bagaimana?

Oleh kerana kelas j-QAF biasanya berada diakhir jadual waktu, saya buat ugutan. Siapa yang bising, main dalam kelas, tak dengar kata, saya tak benarkan balik awal. Budak tu akan balik lewat 5 minit daripada orang lain. Kalau bising lagi, tambah lagi 5 minit, jadi 10 minit. Dengan itu suasana kelas yang mula-mula tadi bising akan beransur-ansur senyap sebab semua orang tak nak balik lewat. Pada masa yang sama saya cakap, orang yang tadi bising, kalau dia senyap balik, saya akan tolak balik 5 minit tadi. Jadi, budak yang bising tadi akan senyap semula untuk dapatkan diskaun 5 minit tadi.

Namun anda perlu tegas. Untuk permulaan, cuba praktikkan apa yang anda janjikan. Tahan betul2 budak yang buat bising tadi supaya jadi pengajaran kepada yang lain. Saya dah praktikkkan perkara ni kat 2 kelas. Alhamdulillah, kelas jadi sangat senyap!

Selamat mencuba. :)

Buat Kuiz Bahasa Arab

Salam,

Saya telah melaksanakan idea ini ketika bulan lepas. Setelah mengajar 3 tajuk yang pertama iaitu Fil Fasl, Adawatut Dirasiyyah dan Fil Madrasah, saya telah mengadakan satu kuiz bahasa Arab. Pelajar kelas saya (tahun satu) ada 13 orang. Jadi saya bahagikan kepada 2 kumpulan. Saya namakan kumpulan Upin dan kumpulan Ipin. Jadi kumpulan 1 ada 6 orang, kumpulan 2 ada 7 orang.

Setiap kumpulan dikehendaki menjawab soalan yang saya berikan. Contohnya, saya tunjukkan pemadam papan hitam dan bertanya, "Ma hazihi?" Pelajar dikehendaki berbincang dengan ahli kumpulan jawapan yang betul. Salah seorang ahli akan memberitahu saya jawapannya. Namun, setiap pusingan mestilah orang yang berbeza supaya dapat melatih setiap orang menyebut kalimah Arab. Jika jawapan itu salah, maka ia dibuka kepada kumpulan yang satu lagi. Kumpulan yang menjawab dengan betul akan memperoleh 1 markah.

Akhir sekali, kumpulan yang paling banyak markah diisytiharkan sebagai pemenang. Sebagai peransang saya telah membeli gula-gula choclairs dan diberikan sebagai hadiah kepada mereka.

*************
Anda ada pengalaman lain? Kalau ada sila hantar pengalaman & idea anda ke: jqaf2009@gmail.com

Selamat Hari Guru Ustaz & Ustazah

Salam,

Selamat Hari Guru diucapkan kepada guru-guru di Malaysia. Macam mana? Banyak dapat hadiah? :) Bagi guru-guru j-qaf 2009 saya percaya ini adalah pengalaman pertama anda diraikan sebagai guru. Walaupun baru kira-kira 5 bulan mengajar saya pasti sudah banyak perkara yang anda telah pelajari.

Kalau di zaman persekolahan dahulu, kita hanya mendengar lagu Guru Malaysia didendangkan oleh guru-guru kita. Kita tiba giliran kita untuk berada di atas pentas untuk menyanyikannya dengan penuh bersemangat. Buat kata rakan saya, dahulu beliau begitu teruja melihat guru berada dihadapan perhimpunan murid dan tertanya-tanya "bilakah aku nak duduk kat tempat cikgu tu yer?". Kini setelah menjadi seorang guru baru beliau tahu betapa hebatnya perasaan itu. :)

Selamat Hari Guru - Guru Pembina Negara Bangsa.

Kategori

Penaja